Wednesday, August 24, 2011

catatan hari ini : hari ke 24 Ramadhan

Sudah masuk 24 hari kita berpuasa, dan tidak sampai seminggu lagi kita akan berhari raya. Aku akui aku agak excited semenjak 2 tahun raya ni. ini kerana semenjak tahun lepas dan tahun ini barulah aku menjalani ibadah puasa dengan sempurna, walaupun masih tidak sesempurna orang lain. Sebelum ini aku tidak pernah berpuasa, kalau ada pun mesti skip-skip. Semenjak belasan tahun lagi. Dan kemeriahan itu tidak dapat aku rasai. Bagi aku pada ketika itu, Hari Raya cumalah hari-hari cuti yang panjang untuk menjamu selera secara percuma, Dan alhamdulillah semenjak tahun lepas, pemikiran ku sudah berubah. Dulu aku agak jahil dan selalu rebel, hal-hal dunia lebih menjadi tumpuan. Seks , dadah dan perempuan makanan biasa bagi aku yang hedonist ketika itu.
Harapan agar tahun-tahun mendatang, tidak kembali seperti dahulu. Kehidupan ku kini lebih tenang dan rezeki pun murah. Walaupun aku masih lagi belum sempurna tapi aku enjoy dengan life sekarang.