Tuesday, November 30, 2010

kebahagiaan dalam kesengsaraan

Mahu naik
kena bodoh
kalau pandai
kena cantas
kalau berprinsip
dipanggil pengacau
kalau berjuang
dipanggil pengganas
bagai lembu ditusuk hidung
si bangkai menjerit yang lain mengikut
apa yang dimengerti
kurang difahami
untuk tempolok sendiri
untuk menggemukkan diri
peduli apa sama si miskin
mereka semua malas
tiada usaha
usaha mengipas
terus jatuh tertinggal
dengki tubuh satu parti
menakuti yang lurus konon berbudi