Sunday, October 16, 2011

-___-

Kadang-kadang, aku tak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
Dengan berani aku katakan aku boleh hidup sendiri dalam dunia ini.
Tapi kadang-kadang aku akan selalu sunyi. Dan ianya menyakitkan,
Memendam perasaan dan mencampakkannya jauh-jauh.
Aku malu mahu bersedih aku mahu terus kuat. Meluat dengan perasaan begini.
Akhirnya aku akan mengacau semua orang.
Menunjukkan kepada mereka aku always happy.. cool sahaja.
Tapi di dalam ? Empty,

Selalunya aku akan sibukkan diri dengan kerja sendiri, band..
dan kadang-kadang busy memperbaiki hati kawan-kawan.
Tapi aku sendiri? tak dapat diurusi..


tapi aku redha dengan segala ujian yang datang dari yang esa,
Mungkin ini semua balasan pada diri aku selama ini.

Wednesday, September 21, 2011

Catatan petang-petang selepas hujan

1. Aku punya page baru di Tumblr. Baru nak belajar. Sesuai untuk aku upload foto-foto random walaupun aku bukanlah seorang photographer yang handal. Kalau senang silalah visit di generalmayhem77.tumblr.com

2. Kosmo buat berita sensasi yang mengarut lagi. Kali ini budak-budak emo yang terkena. Ignore sahaja, lama-lama senyaplah. Dulu kecoh isu black metal. Sekarang ni Sil Khannaz punya lagu pun dah boleh keluar Muzik FM. Stesen milik RTM. Ada satu time, siap interview Blackfire, pioneer Black Metal Malaysia. haha. Jadinya, anak-anak Emo sekalian, janganlah risau ok.

3. Jawapan baru kenapa tidak kahwin lagi? Duit habis bayar PTPTN je bila masa nak kumpul duit kahwin.

hihi
bye

Saturday, September 17, 2011

catatan pendek hari ini

Sememangnya lelaki kasar seperti aku yang banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan diluar memang agak jarang update blog. Awal-awal sahaja bersemangat. Selalu ada idea bila tengah melepak dan bila mahu menulis terus jam. Kasihan anda yang membacanya

Monday, September 5, 2011

catatan pendek : 5 september

cuba hisap dunhill kembali setelah sebulan...




......................................



-_-
kena tunggu batuk ni hilang semuanya.

tokey bagi marlboro blue black satu

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidilfitri

Sudah hari ke 6 Syawal baru aku dapat update blog ini. Ketiadaan access plus laptop aku yang kena format dulu baru okey menyebabkan aku hanya update twitter dan facebook sahaja sepanjang minggu lepas menggunakan phone. Jadinya di kesempatan ini ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf lahir dan batin sekiranya aku ada dosa-dosa terhadap kalian. menyebabkan kalian terkecil hati, merajuk, tersinggung ataupun hilang punca pendapatan. Maaf, aku juga manusia biasa yang tidak lari dari dosa.
Hari ini juga first day aku memulakan kerja di bulan Syawal, memang kemalasan itu tidak dapat dikekang setelah seminggu duk bergolek atas katil diwaktu pagi. Tapi tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana rezeki yang aku perolehi sekarang adalah dari kerja yang aku buat sekarang. Berkhidmat untuk rakyat.
sampai jumpa lagi ;)