Melalui keadaan yg agak sunyi kebelakangan ini, Malam-malam ku hanya dihabiskan di rumah sahaja. Kehidupan menjadi semakin perlahan seperti yang dilalui oleh mereka yang berada di pertengahan usia. Amat bosan bagi mereka yang tidak tahu menikmatinya. Inilah ketenangan. Tanpa ganguan , pergaduhan dan konflik. Semuanya berjalan terus dengan lurus, Tapi sampai bila aku mahu terus diam membisu. Perlukan sesuatu untuk mengembalikan adrenalin. Isi full tank dan terus mengharungi jalan ini tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kerana itulah kepuasan yang dicari dan jangan sesekali menoleh kembali.