Macam-macam berlaku since last aku update ni. Hidup semakin banyak perancangan. Aku semakin sibuk dengan band yang baru aku. Dengan latihan dan show. Hari minggu ku yang benar-benar bebas boleh dikira. Tiada masa untuk berleha leha. Sekiranya band aku tidak perform, aku akan busy juga menguruskan show di Seventh Heaven. Juga projek management label aku dengan Hafas yang semakin berjalan lancar sekarang ini. Kami ada tiga band yang bernaung iaitu band aku sendiri, Hurricane dan juga band anak muda Artefacts dan Thegreatlsdone. Artefacts mungkin band baru tapi diasaskan oleh mereka-mereka yang pernah berkecimpung di dalam Have A Nice Death dan Arheum Reverts. Dipilih kerana lain dari yang lain. Progressive Metalcore or Djent. Thegreatlsdone pula diasaskan oleh kawan lama ku yang juga drummer lama ku dalam Devilica. Dark n chaos, a lil bit of southern rock. Sila lah check kedua band ini yang pastinya menawarkan suasan yang berlainan.
Disebabkan ini blog peribadi, tak lari dari kisah cinta. yeahh..aku masih solo.
Bukan tak jumpa. Tapi selalunya aku akan lambat. Lambat dan takut. Aku lost skill dalam percintaan. Seperti disumpah. Tak mengapa. Hidup mesti jalan.
Till then.. bye