Sunday, October 16, 2011

-___-

Kadang-kadang, aku tak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
Dengan berani aku katakan aku boleh hidup sendiri dalam dunia ini.
Tapi kadang-kadang aku akan selalu sunyi. Dan ianya menyakitkan,
Memendam perasaan dan mencampakkannya jauh-jauh.
Aku malu mahu bersedih aku mahu terus kuat. Meluat dengan perasaan begini.
Akhirnya aku akan mengacau semua orang.
Menunjukkan kepada mereka aku always happy.. cool sahaja.
Tapi di dalam ? Empty,

Selalunya aku akan sibukkan diri dengan kerja sendiri, band..
dan kadang-kadang busy memperbaiki hati kawan-kawan.
Tapi aku sendiri? tak dapat diurusi..


tapi aku redha dengan segala ujian yang datang dari yang esa,
Mungkin ini semua balasan pada diri aku selama ini.