Satu ketika dahulu, aku amat susah untuk bercampur dengan masyarakat. Aku memilih kawan. Dan agak susah juga untuk aku menerima mereka yang lain daripada aku. Mereka-mereka yang berperangai mengjengkelkan selalunya aku akan elakkan. Aku mencari mereka yang mempunyai minat sama dengan aku. Berfikiran sama dengan aku. Bagi aku, kami begitu cool dan mereka di luar itu amatlah suck. Bila ada kutu yang mahu bercampur, aku mahu dia mengikut cara ku. cara ku berfikir, berpakaian.Boleh dikatakan aku mahu hidup dikalangan mereka yang berkiblat sama seperti aku. Anyone else , can just fuck off.
Lama kelamaan semuanya makin berubah. Aku banyak belajar dari kehidupan. Kesilapan yang aku buat. Tidak semua mereka yang aku fikir tidak cool itu teruk. Dan tidak semestinya mereka yang bagiku cool itu baik semuanya.Pengalaman ku bekerja di tempat orang yang jauh dari kemodenan banyak mengajar aku. Aku mula bercampur dengan orang sekeliling dan masyarakat sekitar. walaupun rempit kampung atau mat surau, semuanya aku kawan. Orang-orang seperti ini banyak mengajar aku secara diam dalam mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Ada yang sanggup sama-sama mengharungi kesusahan atas dasar persahabatan. Dan hari ini, pemikiran ku semakin lebih terbuka. Aku menerima semua orang yang mahu bersahabat dengan aku, tanpa prejudis . Tanpa buruk sangka. Asalkan tidak ganggu kehidupan aku, aku tak kisah.
Now, aku ada kawan yg berumur 15 tahun hingga ke 60 tahun. Aku boleh berbual macam-macam. Dari video game hingga politik. Dari hal masak memasak hingga ke hal rumah tangga dan agama.
Aku boleh berbual punk rock, hardcore, metal , grunge dan aku juga boleh berbual motor dan kereta.
Bukankah kehiudpan itu lebih indah bila banyak perkara dapat kita terokai?
Walaupun sekeliling kamu ada yg mengjengkelkan, kau kena terima. Itu
sebahagian dlm kehidupan. Kau tak boleh expect semua org akan ikut stail kau.Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk dan bila masuk kandang-kandang tertentu pandai-pandailah kita mengadaptasinya.