Saturday, December 11, 2010

tiada title 2

menyelongkar jiwa yang makin kelam
jeritan samar -samar
yang memanggil nyawa
sakit jiwa sakit kepala
ingin kuhantukkan segalanya
namun ianya tidak hilang
malu aku menemui semua
hapak dan busuk tiada hilang
menyelongkar dalam hati yang kian hitam
darah pekat anjing jalanan
perlu apa lagi di sini
namun
kau di sana
masih menantiku
tidak menghiraukan kebusukanku
mahu memelukku
menciumku
kerana kau
aku masih hidup
kerana kau aku mahu bernafas