Tuesday, August 23, 2011

catatan hari ini : hari ke 23 Ramadhan

Hari ini mengantuk yang teramat sangat. Mungkin kekurangan tidur semenjak Sabtu lepas. Sampai dua jam aku tertidur atas meja office ni. Gilaa..and malam semalam sempat record satu lagu baru untuk band terbaru ku , Hurricane. Lagu yang bertajuk The Promises itu bakal jadi single pertama kami dan rancangannya untuk split release bersama ALICE. Tapi hanya di Bandung sahaja jualannya dan ianya limited. :)
Dan malam ini akan record satu lagi lagu. Kali ni nak buat betul-betul. Zaman Devilica dulu, kami terpaksa rushing bila recording. Mengejar masa dan kesempitan wang. zaman-zaman susah tiada kerja tetap tapi semangat nak mengeband itu memang tinggi. Nak record pun kena pergi KL. Kena betul-betul tight baru berani naik KL. Sekarang ini dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh Abang Madi di Seventh Heaven, semuanya jadi mudah. Aku boleh record pakai baju melayu sahaja semalam.( baru balik terawih). Thanx bro.. Lu memang cool.