Ramai yang tanya, bila aku nak kahwin. Pertanyaan yang mampu aku jawab dengan senyuman kerana aku sendiri tidak tahu bila. Tahun depan dah 35 umur aku. Tapi, secara jujurnya aku semakin selesa dengan kehidupan begini. dan jujurnya, hidup aku semakin tenang dan rezeki semakin murah. Dapat aku lihat jalan hidupku tidak seperti dahulu walaupun tidak semewah orang lain. Munkinkah aku ditakdirkan untuk hidup sendiri?
Tapi kalau sudah itu jalan hidup aku, aku terima dengan senyuman. Mengapa perlu mengeluh. Mungkin inilah balasan yang aku terima atas dosa-dosa ku yang lalu. Dulu-dulus ebeblum kahwin dah macam orang kahwin. Sekarang inilah yang aku terima. Dan Aidilfitri kali ini, pastinya pertanyaan bila akan kahwin akan keluar lagi dan pastinya sekali lagi aku akan jawab dengan senyuman, Jika diizinkan tuhan adalah jodoh.