Sudah hari ke 6 Syawal baru aku dapat update blog ini. Ketiadaan access plus laptop aku yang kena format dulu baru okey menyebabkan aku hanya update twitter dan facebook sahaja sepanjang minggu lepas menggunakan phone. Jadinya di kesempatan ini ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf lahir dan batin sekiranya aku ada dosa-dosa terhadap kalian. menyebabkan kalian terkecil hati, merajuk, tersinggung ataupun hilang punca pendapatan. Maaf, aku juga manusia biasa yang tidak lari dari dosa.
Hari ini juga first day aku memulakan kerja di bulan Syawal, memang kemalasan itu tidak dapat dikekang setelah seminggu duk bergolek atas katil diwaktu pagi. Tapi tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana rezeki yang aku perolehi sekarang adalah dari kerja yang aku buat sekarang. Berkhidmat untuk rakyat.
sampai jumpa lagi ;)