Monday, June 4, 2012

This one for the broken hearted

Malam semalam ketika dalam perjalanan pulang, i heard the news that 1 of my friend sudah break. yang buat aku sedih ialah keduanya aku kenali dgn rapat. For the past 3 months sudah ada 4 couple yang aku kenali dengan baik berpisah. Sebenarnya telah banyak juga aku witness perkara-perkara seperti ini, tapi untuk ke empat kes ini aku mengenali rapat the boys and the girls. Aku tidak menyebelahi mana-mana. Bagiku, perkara yang berlaku ada sebab-sebab tertentu walau macam mana kau usahakan sekalipun untuk menyelamatkan hubungan tapi kalau sudah tersurat yang itu bukan jodoh kalian, memang tak boleh nak buat apa. Cuma apa yang perlu aku katakan, aku sayang kalian semua , no matter what. Just keep on berfikiran positif. Jangan biarkan emosi menguasai diri kalian. Kerana terlalu emosi menyebabkan diri itu tidak ke mana malah lebih menyakitkan hati. Aku berkata kerana aku melaluinya bukan beberapa kali tapi berpuluh kali. dan dulunya aku orang yang gagal kerana terlalu emosi. Keep on salahkan diri ini dan rasa down, melabelkan diri sendiri itu loser.Akhirnya, diri sendiri yang hancur.  Dan dalam keadaan seperti pasti ramai yang akan memujuk, mengambil kesempatan atau mengapikan dana khirnya akan terus hanyut. Dan pastinya jangan terlalu cepat mengambil seseorang untuk melupakan kisah lalu , kerana ianya tidak adil bagi pasangan baru kalian. Just chill, ambil masa dan ketenangan. Cinta itu akan datang sendiri jika kita banyak bersabar.

To my brothers n sisters , you know who you are. No matter what happen between you guys, i will always love you guys like my own family. I'm not in any side and not blaming each one of you. Stay strong and keep standing. And i will always be here if you guys need anything. This is my promise.

Thursday, May 24, 2012

random

you kena lebih gentle untuk bagitahu, barulah dia tu tahu perasaan you dari you diam membisu.

Itulah kan?

so, siapa yang you minat ni?

you

tak payah guraula , kitakan kawan, amat pelik kalau couple

Hahaha i kan gurau je, i know u akan ckp mcm tu. awkwardkan?

hahahahaha

haha

Wednesday, May 23, 2012

words

Senang sahaja bagi semua orang untuk menasihati dan memberi sedikit sebanyak semangat tetapi bila menghadapinya sendiri kenyataan itu. Agak pahit untuk ditelan.
Emosi itu membunuh jika keterlaluan digunakan. Senantiasa la rasional dan sabar. Itu yang amat penting, kerana tangisan dan rengekan itu tidak mampu bawa kau ke mana-mana.
Cintailah dirimu dan sekelilingmu sepenuhnya dan kamu akan selamat.
Kata -kata ini bukanlah dari pembacaan tapi dari pengalaman.

Thursday, May 17, 2012

Jengkel or not, kita semua sama

Satu ketika dahulu, aku amat susah untuk bercampur dengan masyarakat. Aku memilih kawan. Dan agak susah juga untuk aku menerima mereka yang lain daripada aku. Mereka-mereka yang berperangai mengjengkelkan selalunya aku akan elakkan. Aku mencari mereka yang mempunyai minat sama dengan aku. Berfikiran sama dengan aku. Bagi aku, kami begitu cool dan mereka di luar itu amatlah suck. Bila ada kutu yang mahu bercampur, aku mahu dia mengikut cara ku. cara ku berfikir, berpakaian.Boleh dikatakan aku mahu hidup dikalangan mereka yang berkiblat sama seperti aku. Anyone else , can just fuck off.
Lama kelamaan semuanya makin berubah. Aku banyak belajar dari kehidupan. Kesilapan yang aku buat. Tidak semua mereka yang aku fikir tidak cool itu teruk. Dan tidak semestinya mereka yang bagiku cool itu baik semuanya.Pengalaman ku bekerja di tempat orang yang jauh dari kemodenan banyak mengajar aku. Aku mula bercampur dengan orang sekeliling dan masyarakat sekitar. walaupun rempit kampung atau mat surau, semuanya aku kawan. Orang-orang seperti ini banyak mengajar aku secara diam dalam mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Ada yang sanggup sama-sama mengharungi kesusahan atas dasar persahabatan. Dan hari ini, pemikiran ku semakin lebih terbuka. Aku menerima semua orang yang mahu bersahabat dengan aku, tanpa prejudis . Tanpa buruk sangka. Asalkan tidak ganggu kehidupan aku, aku tak kisah.
Now, aku ada kawan yg berumur 15 tahun hingga ke 60 tahun. Aku boleh berbual macam-macam. Dari video game hingga politik. Dari hal masak memasak hingga ke hal rumah tangga dan agama.
Aku boleh berbual punk rock, hardcore, metal , grunge dan aku juga boleh berbual motor dan kereta.
Bukankah kehiudpan itu lebih indah bila banyak perkara dapat kita terokai?
Walaupun sekeliling kamu ada yg mengjengkelkan, kau kena terima. Itu sebahagian dlm kehidupan. Kau tak boleh expect semua org akan ikut stail kau.Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk dan bila masuk kandang-kandang tertentu pandai-pandailah kita mengadaptasinya.


Monday, May 14, 2012

Pacuan

Melalui keadaan yg agak sunyi kebelakangan ini, Malam-malam ku hanya dihabiskan di rumah sahaja. Kehidupan menjadi semakin perlahan seperti yang dilalui oleh mereka yang berada di pertengahan usia. Amat bosan bagi mereka yang tidak tahu menikmatinya. Inilah ketenangan. Tanpa ganguan , pergaduhan dan konflik. Semuanya berjalan terus dengan lurus, Tapi sampai bila aku mahu terus diam membisu. Perlukan sesuatu untuk mengembalikan adrenalin. Isi full tank dan terus mengharungi jalan ini tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kerana itulah kepuasan yang dicari dan jangan sesekali menoleh kembali.